
Tahun ini genap 10 tahun Dakwah Unlimited bersama Fight Cancer Group Kemaman menerusi program Kit Sinar Kasih Ramadan. Sebanyak 100 pek barangan asas makanan diagihkan dari rumah ke rumah.
Siri agihan
- Siri 1, 7 Mac 2026 (17 Ramadan): 50 penerima dalam kalangan asnaf pesakit kanser dan penyakit kronik di tiga kawasan: Bukit Kuang / Teluk Kalong / Kijal, Mak Chili / Bandar Chukai dan Ibok / Sri Bandi / Kemasek / Kerteh.
- Siri 2, 8 Mac 2026: keluarga asnaf dalam senarai kebajikan Dakwah Unlimited, termasuk keluarga kurang berkemampuan, ibu tunggal dan anak-anak yatim.
- Siri 3, 14 Mac 2026 (25 Ramadan): 35 penerima dalam kalangan asnaf pesakit kronik dan kanser.
Anjuran bersama Dakwah Unlimited dan Fight Cancer Group Kemaman, dengan kolaborasi Tabung Kebajikan Perubatan Malaysia Cawangan Kemaman dan Jabatan Kerja Sosial Perubatan Hospital Kemaman. Penaja utama: PG Timur.
Dengan kerjasama
- Fight Cancer Group Kemaman
- Tabung Kebajikan Perubatan Malaysia Caw. Kemaman
- Jabatan Kerja Sosial Perubatan Hospital Kemaman
- PG Timur





