Langkau ke kandungan
Projek Ambulans Dakwah Unlimited
← Semua programKesihatan & Pesakit

Projek Ambulans Dakwah Unlimited

Mei – Julai 2026

“Wakaf Ambulans, Khidmat Untuk Umat”

Selama 8 tahun Dakwah Unlimited menyediakan pinjaman percuma peralatan hospital seperti oxygen concentrator, tabung oksigen, katil hospital, kerusi roda, mesin sedut kahak, tilam angin dan tongkat kepada pesakit kanser dan kronik. Namun setiap kali pesakit memerlukan ambulans, DU terpaksa menyewa ambulans swasta dengan kos sendiri. Projek ini bertujuan menjadikan gerak kerja kebajikan DU lebih tersusun, pantas dan menyeluruh.

Perjalanan projek

  • Mei 2026: Projek Infak Pembelian Ambulans dilancarkan oleh Penasihat Kehormat, Tuan Guru Dato’ Dr. Abdul Basit Haji Abdul Rahman, dengan sasaran RM300,000.
  • 10 Jun 2026: kutipan mencapai RM282,000.
  • Julai 2026: langkah pertama direalisasikan melalui pembelian sebuah van Toyota Hiace SLWB.
  • Fasa kedua: menaik taraf van menjadi ambulans serba lengkap untuk kegunaan masyarakat, terutamanya warga asnaf. Kursus Asas Pertolongan Cemas & CPR untuk bakal petugas diadakan pada Oktober 2026.

Petugas berpengalaman

  • Dr. Hj. Matnoh bin Karim: mantan Pengarah Hospital Kemaman (2014–2015), Pengerusi Fight Cancer Group Kemaman dan jurulatih Industrial First Aid & CPR (NIOSH).
  • Khairuddin bin Mohd Tarmidi: perkhidmatan kecemasan & trauma hospital, penyelia perkhidmatan ambulans dan pra-hospital serta jurulatih Occupational First Aid (NIOSH).

Penghargaan kepada Penasihat Kehormat atas sokongan dan bimbingan sejak awal perancangan, serta kepada para dermawan dan pencinta ilmu dari Halaqah Dr. Abu Anas Madani.

Projek Ambulans Dakwah Unlimited — gambar 1Projek Ambulans Dakwah Unlimited — gambar 2Projek Ambulans Dakwah Unlimited — gambar 3Projek Ambulans Dakwah Unlimited — gambar 4