
Delegasi Dakwah Unlimited diketuai Yang Dipertua, Haji Muhammad Syamsul Annuar Zainal bersama rakan seperjuangan dari Selatan Thailand menziarahi para ulama dan tokoh pendidik sempena Syawal 1447H.
Destinasi ziarah
- Darul Ulum, Besut: teratak pengajian Maulana Abdul Hadi.
- Institut Pemikiran Tok Guru (IPTG), Kota Bharu: bersama Tuan Guru Dato’ Dr. Johari Mat.
- Maulana Saari: ziarah kesihatan bersama Ustaz Nor Azariza (Ustaz Ja). DU menyampaikan sumbangan mesin penyedut kahak.
- Pondok Sungai Durian, Kuala Krai: bersama Penasihat Kehormat DU, Tuan Guru Dato’ Dr. Abdul Basit Abdul Rahman, termasuk melihat van baharu pondok dan projek Mabna Ayah Haji yang dalam fasa akhir pembinaan.






