Langkau ke kandungan
Tentang kami

Pertubuhan Dakwah Tanpa Sempadan Terengganu

Da’wah Unlimited Terengganu · PPM-005-11-20112017

Pengenalan

Lahir daripada rasa tanggungjawab


Cetusan penubuhan Dakwah Unlimited lahir daripada rasa tanggungjawab sebagai umat Islam untuk menyebarkan dakwah di lapangan mengikut kemampuan dan kemahiran individu. Hakikatnya, tidak semua umat Islam mempunyai keupayaan untuk berdakwah melalui ceramah, kuliah atau penulisan. Namun ramai dalam kalangan mereka memiliki kesedaran, komitmen serta semangat yang tinggi untuk menyampaikan mesej Islam kepada masyarakat awam.

Menyedari realiti ini, Dakwah Unlimited ditubuhkan sebagai sebuah platform atau proksi bagi individu-individu yang ingin menyumbang dalam usaha dakwah melalui pelbagai cara dan pendekatan, selaras dengan kebolehan serta kepakaran masing-masing.

Dakwah Unlimited mula aktif pada tahun 2014 dan didaftarkan secara rasmi dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS) pada November 2017 di bawah nama Pertubuhan Kebajikan dan Ukhwah Terengganu. Pada 20 Julai 2025, nama pertubuhan dipinda kepadaPertubuhan Dakwah Tanpa Sempadan Terengganu (Da’wah Unlimited Terengganu), selaras dengan hala tuju, visi dan skop perjuangan dakwah yang lebih meluas.

Pasukan Dakwah Unlimited di pentas TV Al-Hijrah
Mempromosi T-Shirt Dakwah di pentas TV Al-Hijrah oleh Encik Suhaili, Pengasas Dakwah Unlimited.
Perjalanan

Dari T-Shirt Dakwah ke pertubuhan berdaftar


  1. 2014

    Mula aktif

    Bermula dengan T-Shirt Dakwah sebagai wadah dakwah bagi mereka yang tidak berceramah tetapi mahu menyumbang.

  2. 2017

    Didaftarkan secara rasmi

    Didaftarkan dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS) sebagai Pertubuhan Kebajikan dan Ukhwah Terengganu.

  3. 2017–kini

    Kebajikan & dakwah

    Kit Sinar Kasih Ramadan setiap tahun, ibadah korban, bantuan persekolahan, misi banjir, seminar dan Kembara Ilmu.

  4. 2025

    Fasa baharu

    Pada 20 Julai 2025 nama dipinda kepada Pertubuhan Dakwah Tanpa Sempadan Terengganu (Da’wah Unlimited Terengganu).

Visi
“Menerajui dakwah tanpa sempadan berdasarkan Al-Quran dan as-Sunnah”

Motto: Biar Tubuhku Berdakwah

Misi

Misi kami


  1. Menjadi sebuah badan bukan kerajaan (NGO) yang amanah dan berkeupayaan untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai organisasi yang prihatin kepada masyarakat.
  2. Menjadi proksi utama bagi generasi muda Islam dalam menyampaikan dakwah kepada masyarakat Islam dan bukan Islam.
  3. Menjadikan kebajikan sebagai medium dakwah bil-hal melalui kerjasama strategik demi kebaikan ummah.
Objektif

Objektif


  1. Menjalankan aktiviti dakwah dan kebajikan melalui pendekatan sosial.
  2. Menyelaras kegiatan dakwah Islam melalui pendekatan sosial.
  3. Membimbing masyarakat ke arah agama dan sunnah.
  4. Melibatkan generasi muda dalam melakukan kerja-kerja dakwah dan kebajikan.
Nilai murni

Prinsip kerja kami


01

Integriti

Mendokong integriti serta senantiasa amanah dan tulus ikhlas dalam melaksanakan tanggungjawab.

02

Profesionalisme

Memupuk semangat profesionalisme yang progresif, inovatif dan proaktif dalam menggerakkan misi dakwah tanpa sempadan.

03

Kerja berpasukan

Mendokong falsafah kerja berkumpulan dan bersedia untuk bekerjasama dengan mana-mana pihak sama ada badan kerajaan, NGO ataupun organisasi korporat yang mendokong hasrat murni ini.

04

Khidmat masyarakat

Senantiasa berusaha untuk memajukan masyarakat dan menyampaikan dakwah kepada masyarakat.

Pendekatan & pegangan

Wasatiyah atau kesederhanaan


وَكَذَٰلِكَ جَعَلْنَٰكُمْ أُمَّةًۭ وَسَطًۭا لِّتَكُونُوا۟ شُهَدَآءَ عَلَى ٱلنَّاسِ وَيَكُونَ ٱلرَّسُولُ عَلَيْكُمْ شَهِيدًۭا

“Dan demikian (pula) Kami telah menjadikan kamu (umat Islam), umat yang adil dan pilihan agar kamu menjadi saksi atas (perbuatan) manusia dan agar Rasul (Muhammad) menjadi saksi atas (perbuatan) kamu.”

(Al-Baqarah: 143)
Akidah
Pegangan akidah Ahli Sunnah wal Jamaah (Salaf & Khalaf).
Fiqh
Mazhab Syafie dan meraikan pendapat mazhab lain sebagai rahmat buat ummah.
Tasawuf
Imam Al-Ghazali dan tasawuf muktabar.
Politik
Tidak berparti tetapi mendokong dan menyokong parti yang meletakkan Islam sebagai dasarnya dan hukum tertinggi adalah Al-Quran, Sunnah Rasul, Ijmak dan Qias.
Organisasi pertubuhan

Barisan kepimpinan


Penasihat

  • Penasihat KehormatSohibul Fadhilah Dato’ Dr. Haji Abd Basit bin Haji Abdul Rahman

Jawatankuasa

  • Yang DipertuaTuan Haji Muhammad Syamsul Annuar bin Hj Zainal
  • Timbalan Yang DipertuaTuan Haji Mohd Nasir bin Ismail
  • Setiausaha KehormatUstaz Muhammad Mujahid bin Mohd Mohtar
  • Timb. Setiausaha KehormatPuan Normezawati binti Ghazali
  • Bendahari KehormatEn. Mohd Noor Azman bin Ismugin
  • Ahli JawatankuasaDr. Azmi bin Samat
  • Ahli JawatankuasaUstaz Syed Mohd Azwan bin Syed Yahya
  • Ahli JawatankuasaPuan Zaharah binti Mamat

Pegawai Am

  • Pegawai PerhubunganEn. Mohd Faizul bin Ali
  • Pegawai MultimediaEn. Mohamad Zulhilmi bin Zaini
  • Pegawai TadbirCik Aina Safiah binti Mohd Azizi
Barisan kepimpinan Dakwah Unlimited bersama Tuan Guru Dato’ Dr. Abdul Basit
Barisan kepimpinan Dakwah Unlimited bersama Tuan Guru Dato’ Dr. Abdul Basit dalam Kembara Ilmu di Kemaman, 2017.